20 Minit Soal Jawab Kesihatan Bersama Dr Zubaidi Melalui Platform Zoom

20 Minit Soal Jawab Kesihatan Bersama Dr Zubaidi Melalui Platform Zoom

Assalamualaikum.

Saya Dr Zubaidi Hj Ahmad.

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana keterbatasan masa saya untuk menjawab soalan di blog, facebook mahupun di whatsapp. Ini disebabkan oleh jadual saya yang terlalu ketat. 

Sekiranya tuan/puan ingin bertanyakan pendapat saya berkaitan dengan permasalahan kesihatan yang mungkin tuan/puan tidak mendapat penjelasan yang lengkap dari doktor yang merawat, atau keliru dengan ubat-ubatan yang diberikan, saya cadangkan tuan/puan bertanya terus kepada saya melalui media Zoom. Dengan ini diharapkan segala kekeliruan mendapat pencerahan yang sebaiknya.

Saya mengenakan caj minima untuk memastikan komitmen tuan/puan untuk HADIR dalam sesi yang dijadualkan. Tempoh bersemuka melalui aplikasi Zoom ini akan berjalan dalam masa 20 minit.



Feedback Peserta Yang Lalu (maklumat dan nama dirahsiakan)



Penafian dan terma:

  1. Sesi ini adalah untuk menjelaskan masalah yang dihadapi yang mungkin tidak mendapat penerangan dari doktor yang merawat. Dengan itu, ia bukan suatu kaedah diagnosa kerana tiada pemeriksaan fizikal, darah, air kencing dan x-ray yang dilakukan.  
  2. Tiada cadangan pengambilan ubat yang baru
  3. Keputusan pemeriksaan seperti keputusan ujian darah, air kencing dan laporan x-ray boleh dikongsikan untuk membantu saya memberi cadangan yang lebih baik.
  4. Semua cadangan diberikan adalah rekomendasi sahaja dan tiada paksaan. Pesakit harus berbincang dengan doktor yang merawat sebelum membuat sebarang keputusan yang dicadangkan.
  5. Sekiranya anda menempah sesi 20 minit tetapi ketika temujanji berlangsung ada masih perlukan masa tambahan, maka invois tambahan bernilai RM20 akan dibuat selepas sesi tamat.


Jika tuan/puan setuju dan jelas, tuan/puan boeh ikuti langkah mudah mendaftar di bawah. Selepas bayaran diterima, tuan/puan akan dibawa ke kalendar saya untuk TEMPAH TARIKH temujanji.



Feedback Peserta Yang Lalu (maklumat dan nama dirahsiakan)




Klik di bawah untuk mendengar sedikit keratan dari sesi konsultasi saya bersama beberapa orang peserta:


>>Keratan Sesi Dengan Peserta A<< Persoalan mengenai pemakanan ibu yang sedang mengalami dialisi

>>Keratan Sesi Dengan Peserta B<< Persoalan mengenai kolestrol


Antara permasalahan yang dikemukakan oleh peserta-peserta lain ialah:

  • masalah kesihatan kulit anak dan nasihat pemakanan yang sesuai
  • pemakanan bagi pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis
  • masalah ketagihan pornografi
  • masalah kegelisahan melampau (anxiety)

dan banyak lagi.


Boleh panjangkan link ini kepada rakan-rakan atau saudara mara yang mungkin memerlukan nasihat kesihatan.

Terima kasih. Wassalam.


Nota: Pihak kami akan meneliti maklumat atau soalan yang diajukan. Kami berhak membatalkan tempahan dan memulangkan wang sekiranya soalan yang ditanya adalah di luar skop pengetahuan saya. Harap maklum.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
20 Minit Soal Jawab Kesihatan Dengan Rakaman [RM40]
40 Minit Soal Jawab Kesihatan Dengan Rakaman [RM60]
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

(1) Ada masalah kesihatan seperti diabetis, hipertensi, hiperkolestrolemia etc? (2) Ada ambil ubat-ubatan dari hospital? Boleh senaraikan. (3) Bagi lelaki, adakah tuan merokok?

BUTIRAN PESERTA

Live Chat