RAKAMAN WEBINAR & EBOOK HIDUP BEBAS GOUT DR ZUBAIDI
Saya Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Mengapa saya mengadakan kelas ini?
Saya mendapat banyak pertanyaan berkenaan gout di mana kebanyakannya dari kalangan lelaki berusia 35 tahun ke atas. Mereka risau walaupun telah menjaga pemakanan, tetapi masih lagi diserang gout. Ini menyebabkan kesukaran untuk menjalani rutin harian dan untuk berkerja. Ia juga menyebabkan rasa rendah diri dan mungkin menjejaskan hubungan kekeluargaan.
Apa yang saya risaukan adalah, pesakit gout yang tidak mengawal simptom dengan baik, mungkin akan mengalami komplikasi yang lebih teruk: sama ada pembentukan batu di dalam buah pinggang yang akhirnya menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang atau menyebabkan kecacatan pada sendi sehingga ia menyebabkan tidak boleh dibengkokkan dan menjadi tidak berfungsi.
Oleh itu saya ingin berkongsi informasi yang mudah difahami agar lebih ramai dapat mengelakkan gout jika mereka berisiko. Informasi ini juga berguna bagi mereka yang ingin merawat gout mereka (selain dari ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor) dengan cara pengambilan suplemen dan herba serta mengubah cara hidup. Diharap keadaan gout mereka dapat dikawal dengan lebih baik atau tidak menjadi lebih buruk. Malah tidak mustahil, dengan ikhtiar yang berterusan, pesakit akhirnya dapat bebas dari gout.
Saya juga akan berkongsi info berkaitan dengan keputusan asid urik dalam pemeriksaan darah yang menyebabkan serangan gout, dan cara untuk menurunkan asid urid dalam darah dengan cara semulajadi.

Siapa yang mendapat manfaat dari kelas ini?
1. Anda mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah gout
2. Anda baru sahaja didiagnosa sebagai pesakit gout
3. Anda telah menderita gout bertahun-tahun dan ingin mengawal dan mengurangkan kesakitan akibat gout.
Matlamat Kelas Bebas Gout
Diharap Kelas ini dapat membantu anda:
1. Belajar menangani kesakitan dengan lebih baik
2. Belajar cara mengurangkan keradangan melalui pemakanan dan gaya hidup
3. Mengelakkan keradangan dari berulang atau semakin teruk
4. Memahami dan memberi sokongan kepada ahli keluarga yang mengalami masalah gout.
Modul pelajaran yang akan dikongsikan
1. Pengenalan: Apa itu gout dan komplikasinya
2. Punca gout dan faktor risiko
3. Ubat hospital untuk:
- Mengurangkan kesakitan
- Mengurangkan keradangan
- Mengurangkan asid urik

4. Diet Anti-Gout
- makanan yang perlu dielakkan
- makanan yang perlu diperbanyakkan
5. Suplemen yang bersesuaian
- Mengurangkan kesakitan
- Mengurangkan keradangan
- Mengurangkan asid urik
6. Pengambilan herba sebagai alternatif
7. Tips berkesan untuk mengurangkan serangan gout

IKUTI 6 MODUL SECARA ONLINE MENGIKUT KESESUAIAN MASA ANDA. ANDA BOLEH BERTANYA SOALAN DI TELEGRAM DAN SOALAN ANDA AKAN DIJAWAB OLEH DR ZUBAIDI SENDIRI
Jemput sertai program ini kerana topik-topik di atas disusun dalam bentuk modul yang mudah diikuti di platform khas kami.
Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat EBOOK Hidup Bebas Gout yang mengandungi maklumat lengkap dengan rujukan jurnal perubatan.
Klik link ini berkenaan panduan menggunakan E-Book Hidup Bebas Gout
Semua ini, adalah untuk memudahkan anda mendapat ilmu pengetahuan dan akses kepada saya untuk bertanya berkenaan gout di Telegram Kelab Gout kami.
JOM, ketahui apa itu gout dan bagaimana menghadapi serta mengelakkan serangan gout dari berulang lagi!