Rakaman Webinar Menangani Masalah Hati Berlemak & EBook

Rakaman Webinar Menangani Masalah Hati Berlemak & EBook
Assalamualaikum wbt.

Saya Dr Zubaidi Hj Ahmad, seorang doktor peubatan am berdaftar dan mempunyai 25 tahun pengalaman.

Adakah tuan/puan mengalami masalah hati berlemak atau ahli keluarga mengalami masalah hati berlemak?


Mengapa saya mengunjurkan Live Webinar ini?

Setelah berjaya membuat beberapa siri kelas LIVE WEBINAR HIDUP BEBAS GOUT, saya mendapat banyak permintaan untuk kelas bagi masalah hati berlemak pula. (Klik di sini jika anda berminat dengan Webinar Gout).

Kira-kira 20 tahun yang lepas, masalah hati berlemak ini hanya dihadapi oleh pesakit yang minum arak (alkohol) sahaja. Sebab itu ia dinamakan Alcoholic Liver Desease. Pada masa sekarang, mereka yang tidak minum arak juga mengalami masalah yang sama. Keadaan ini dinamakan sebagai Non-Alcoholic Liver Desease (NALD). Walaupun namanya berbeza, tetapi proses gangguan fungsi hati adalah sama.

Mereka mengalami peningkatan enzim dalam hati yang akan menyebabkan gangguan fungsi hati, di mana akhirnya membentuknya fibrosis (parut) dan setelah 10-15 tahun boleh menyebabkan kanser hati.

Dalam satu kenyataan akhbar Harian Metro bertarikh Februari 2024, melaporkan bahawa, 

"Kadar kematian kanser hati melonjak secara global, didorong oleh wabak obesiti dan diabetes. Hepatitis B adalah penyebab paling lazim untuk kanser hati primer di seluruh dunia dan Malaysia, menyumbang 44 peratus daripada kes kanser hati, diikuti penyakit hati berlemak dengan 42 peratus kes," kata Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Saya menjangkakan bilangan pesakit hati berlemak akan semakin meningkat kerana ia berkait rapat dengan kadar peningkatan obesiti dan diabetes. Dalam masa 10-15 tahun akan datang pula, kadar bilangan pesakit kanser hati juga dijangka meningkat.

Sepertimana yang kita ketahui, kanser hati memerlukan rawatan yang agresif iaitu pembedahan membuang bahagian hati yang terlibat dan rawatan kemoterapi. Hasil rawatan juga tidak menjamin kesembuhan yang total. Kanser hati boleh berulang dan memendekkan umur.

Oleh itu, langkah terbaik kita merawat punca hati berlemak dan kanser hati ini dengan pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat.

Jika anda atau orang kesayangan anda obese atau mempunyai penyakit diabetes atau sudah mengalami masalah hati berlemak, segeralah mendapatkan informasi berkaitan dengannya.

Oleh itu saya ingin berkongsi informasi yang terbukti secara saintifik tetapi mudah difahami agar lebih ramai dapat mengelakkan masalah hati berlemak. Jika anda berisiko. Informasi ini juga berguna bagi anda yang ingin merawat hati berlemak dengan cara pengambilan suplemen serta mengubah cara hidup. Diharap keadaan semasa dapat dikawal dengan lebih baik atau tidak menjadi lebih buruk.

Malah tidak mustahil, dengan ikhtiar yang berterusan, pesakit hati berlemak akhirnya dapat bebas dari masalah ini.


KLIK UNTUK MELIHAT PENDAHULUAN WEBINAR


Siapa yang PERLU menyertai Live Webinar ini?

Anda digalakkan menyertai Live Webinar ini sekiranya:

1. Anda mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah hati berlemak

2. Anda baru sahaja didiagnosa sebagai pesakit hati berlemak

3. Anda telah menderita bertahun-tahun dan ingin mengawal dan mengurangkan kesakitan akibat masalah hati berlemak.


Matlamat Webinar Menangani Masalah Hati Berlemak

Diharap Webinar ini dapat membantu anda:

1. Belajar menangani kesakitan dengan lebih baik 

2. Belajar cara mengurangkan keradangan melalui pemakanan dan gaya hidup

3. Mengelakkan keradangan dari berulang atau semakin teruk

4. Memahami dan memberi sokongan kepada ahli keluarga yang mengalami masalah hati berlemak


Modul pelajaran yang akan dikongsikan

1. Anatomi dan Fungsi Organ Hati Manusia

2. Apa itu HATI BERLEMAK

  • Komplikasi jika tidak dirawat
  • Tanda-tanda fizikal (Sirosis Hati) 

3. Siapa yang Berisiko?

4. Diagnosis

5. Rawatan & Pencegahan

6. Tujuh Langkah AAFIYAT

7. Suplemen untuk Masalah Hati Berlemak

8. Makanan yang BOLEH dan TIDAK BOLEH diambil


Kelas Menangani Masalah Hati Berlemak ini adalah julung kali saya adakan. Anda boleh merujuk feedback dari Peserta Webinar Kelas Gout berkenaan kualiti penyampaian dan pengisian kelas.



DAPATKAN AKSES RAKAMAN WEBINAR SAYA SELAMA 1 BULAN DAN TONTONLAH MENGIKUT KESESUAIAN MASA ANDA. SILA PILIH OPTION AKSES KE RAKAMAN DI BAWAH BORANG INI.


ANDA JUGA akan diberi kelebihan di bawah:

1. Anda akan dimasukkan ke dalam Telegram Kelab Sihat Dr Zubaidi  khas di mana anda boleh bertanya soalan dan berkongsi pengalaman anda sebagai pesakit Hati Berlemak.

2. Anda mendapat Baucer Diskaun sebanyak RM10 untuk pembelian suplemen yang dicadangkan.


Semua ini, adalah untuk memudahkan anda mendapat ilmu pengetahuan dan akses kepada saya untuk bertanya berkenaan Hati Berlemak di Telegram Kelab Sihat kami.


JOM, ketahui apa itu HATI BERLEMAK dan teruskan berjuang ke arah kesihatan yang lebih baik dan berkualiti bersama dengan orang tersayang !! 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
AKSES RAKAMAN SELAMA 1 BULAN WEBINAR MENANGANI MASALAH HATI BERLEMAK (RM30)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

Live Chat